Monday 30 December 2019

File Folder




Saya tak tau nama sebenar, saya panggil Folder Stand. Ada yang panggil Magazine/File Folder. Ada juga yang diperbuat dari kayu dan kulit.  Saya punya plastik ringan je.

Warna kelabu tu beli di Tesco Bukit Puchong ~Rm10. Saiz tu je ada, cuma ada 2-3 lagi pilihan warna lain.

Warna oren tu beli di Pustaka Rawang Presint 8 Putrajaya RM13.80. Ada beberapa pilihan kelebaran saiz,d harga lebih dan banyak pilihan warna seperti hitam, merah, biru, pink, hijau, dan ungu cair. Paling lebar RM18 lebih.

Boleh buat saiz A4. Tapi ring file tu memang tak muat.

Wednesday 25 December 2019

Menghilangkan bau di peti sejuk

Di bawah antara senarai yang boleh digunakan:


  • arang
  • daun pandan
  • kulit nenas

Monday 23 December 2019

Lazada Malaysia Contact Number Updated

Sila guna nombor 03-2728 6600. Dikemaskini sehingga 24.12.2019.

1.
Susah nak jumpa nombor telefon Lazada Malaysia. Dia cuba sorok sebab kalau boleh dia nak suruh kita chat dengan robot dia yang annoying dan tak membantu langsung tu. Siapa entah nama dia. Cleao / Clio? Live Chat ok lagi, tapi entah mana butang nak tekan Live Chat pon aku tak tau. Dia sorok jugak. Memang jahannam. Aq pernah berjaya call. Customer Service tu beritahu, untuk live chat, nak kena spam chat tu banyak-banyak, nanti ada ejen yang akan reply. Macam hare. Siapa lah sangka nak kene spam. Sebab dalam tu dia dah bagi option yang sangat limited, iaitu untuk tekan status terkini shipment/delivery. Itu customer memang lah tahu nak cari kat mana. Haiyo. Sekarang ni customer nak berhubung dengan real agent, yang boleh faham masalah customer.

2.
Masalah nya seperti aku, perlukan lebih detail lagi. Aku dah beli set Burger King sempena 11.11.2019, tapi lepas seminggu dia hilang. Apa maksud hilang? Tiada dalam 'To Ship' mahupun dalam 'To Recieve', 'To Review' pon tak hado. Mana pergi nya? Haa. Ikutkan dia valid satu bulan ye. Bukan salah aku. Mana aku tak hangin. Hilang begitu saja. Tiada rekod. Haa ko pikir Celo robot tu paham, nak dengar masalah aku? Dia pon tak habis-habis suruh aku check dalam 3 To R tadi tu. Bila call, operator yang dirakam tu promot suruh guna Cilo. Lepas dah siap merapu, baru dia bagi nombor tepon terkini. 

3.
Nombor yang dijumpai dalam website lain adalah 03-8601 1888, tapi bila call, macam tadi lah. Dia kata sudah tiada dalam perkhidmatan. Sudah tukar baru. Nombor nya adalah 03-2728 6600. Beroperasi 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, termasuk cuti umum. Haa ya. Cuti umum. Kalau UTC buka setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad kecuali cuti umum. Dia dengan sekali cuti umum dia sapu. Ok lah tu. Sangat membantu. Robot? Never.

4.
Dan masalah ini berulang kali berlaku ya. Aku beli sekali lagi ketika promo 12.12.2019. Lepas 2 minggu hilang. Ait? Validity lama lagi. Hangin betol aku rasa. So selagi diorang tak baiki, korang yang beli kene redeem cepat-cepat lah. Lambat-lambat, dia akan hilang. Lenyap. Ghaib. Macam bab*. Kalau cakap kat Customer Service pon, dia tak boleh bagi semula kupon tu. Dia cuma boleh masukkan balik duit ke Lazada ewallet. Ewallet ye. Macam bab* lagi sekali. Sekian.

5.
Ok, ni update dari nombor 4, selepas hubungi Customer Service pada hari Krismas, laju tak ramai yang call. Dia suruh semak di Lazada Wallet. Ada la balance duit aq RM8, tapi sebelah tu dia tulis Voucher, adalah 0. Ok fine takpa, dia suruh semak di emel juga. Ok aq search Burger King, salah satu emel tu bertajuk Lazada Eticket (you purchased coupon for order 2386 bla bla bla). Ada link untuk view coupon. Nanti aq attach coupon kat bawah ni, korang takyah la try. Aq dah redeem dah pon.