Wednesday 29 August 2018

Putajaya-Larkin-Putrajaya

Putajaya-Larkin-Putrajaya
Bas dari Putrajaya ke Larkin Johor Bahru sudah bertambah operator. Selama ni laluan ini telah dimonopoli oleh Plusliner. Sebab tiada saingan, Plusliner berkeras untuk tidak tukarkan bas-bas nya kepada bas baru. Bas mereka sempit 2+2 setiap row berbanding trend bas yang semuanya sudah tukar saiz VVIP 2+1 dan bas mereka berbunyi-bunyi sebab uzur. Saya terpaksa naik bas Plusliner juga sebab lebih dekat berbanding perlu ke TBS (untuk jimat masa dan kos ke TBS).

Good news.
Sekarang laluan ni sudah ada pesaing baru iaitu Nice dan Konsortium Ekspres Mutiara. Tapi masih tiada bas waktu malam buat masa ni. Bas terakhir bertolak pada 6.45 petang. 

Bas Nice
Bas Nice adalah bas mewah. Ia lebih mahal iaitu RM37.80 berbanding Plusliner RM31.90 tidak termasuk insurans RM0.50. Nice juga lebih mahal berbanding naik dari TBS ke Larkin yang rata-rata harga adalah RM34-36. 

Kelebihan bas Nice ialah mereka ada sistem hiburan dipanggil BlueICE. ICE bermaksud Infotainment, Communication dan Entertainment. Ada 4 jenis movie iaitu kartun, English, Chinese, dan Others. Tak pasti kenapa tiada movie Melayu atau Hindustan. Movie tak berapa banyak, kebanyakkannya cerita-cerita Box Office, tapi jangan lah harap movie baru.

Ketika balik dari Jb ke Pjaya saya tengok God of Egypt dan Captain America Civil War. 

Tapi jangan harap la ade pelayan, makan minum dan pelayan seperti bas Nice Imperial. Free internet dan seat massage pon takde ye.




Di bawah adalah contoh waktu perjalanan penuh untuk 1 hari.

Konsortium Ekspres Mutiara
Bas Konsortium Ekspres Mutiara mungkin paling sesuai untuk Nabil. Selesa dan murah tanpa perlu bell and whistle . Tapi kalau balik hujung minggu confirm akan ambil 6.45petang jugak sebab lepas waktu kerja.

Operator ni baru je join laluan hampir pada waktu yang sama dengan Nice. So memang nice lah. Nabil akan cuba elak naik bas Plusliner dengan harapan penumpang lain pon buat perkara sama. Bukan nak merosakkan bisnes, tapi nak beri tekanan kepada operator untuk memperbaiki kelemahan bagi meningkatkan keselesaan penumpang.