Tuesday 18 December 2018

Refund TNB

Refund Bil Elektrik Tenaga Nasional Berhad 

Sekiranya anda terlebih buat bayaran, duit anda akan di "carry forward" ke bil seterusnya (bulan depan) untuk akaun tersebut. Namun begitu, anda masih boleh buat tuntutan bayaran (refund) sekiranya anda mahukan.

Penyewa
Saya hanya penyewa, namun saya masih berhak untuk membuat tuntutan wang semula sekiranya saya yang telah membuat bayaran bil.

Dokumen
Nak refund TNB senang je. Tak perlu sebarang dokumen dari tuan rumah atau geran dsb. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
1) Salinan IC pemohon (IC saya, hitam putih sudah cukup)
2) Salinan resit bayaran (Saya buat Maybank2u)
3) Isi borang dari kaunter
4) Tunjuk resit bulanan (tapi mereka tak ambil, hanya untuk beritahu jenis masalah)




Cawangan 
Anda boleh buat di mana-mana cawangan TNB yang menguruskan bil-bil elektrik.

Pada mulanya, saya telah pergi ke cawangan di Cyberjaya, namun hampa kerana tiada kaunter bagi urusan bil. Saya dimaklumkan untuk proceed ke Putrajaya untuk cawangan yang paling berhampiran.

Ok, saya telah buat urusan ini di TNB Taipan Business Center, USJ10 Subang Jaya.







































Proses
Urusan di kaunter sangat sekejap. Tiada nombor giliran, hanya beratur. 

Katanya, proses wang dikembalikan ke dalam akaun bank akan mengambil masa dalam 2 minggu. Tiada emel mahupun sms untuk notification. Caranya, anda hanya perlu menyemak akaun bank dari semasa ke semasa atau hubungi hotline mereka. 
















































































































Tanggungan kerajaan 
Bagi penggunaan seisi rumah yang kurang dari RM20 sebulan, kerajaan akan tanggung sepenuhnya.

Dalam situasi/pengalaman saya, saya menyewa rumah dan tinggal seorang, makanya bil bulanan adalah RM12. Kerana selama ini ketika saya tinggal berdua bersama housemate seorang lagi (baru pindah keluar), bil kami tak pernah di bawah RM20, tetapi konsisten pada anggaran RM20.5 hingga RM24.5.

Servis fotostat
Kerana saya main datang saja, saya hanya bawa resit bil bulanan terkini dan juga salinan bayaran Maybank2u. Saya diminta serahkan salinan IC yang saya tak prepare dari rumah. Di kaunter tersebut ada 1 mesin fotostat besar tapi kaunter (sorang je yang jaga) suruh saya buat di luar, sebaris Maybank katanya.

Jadi tanpa tahu nama kedai, mata saya melilau setiap kedai yang saya lalu iaitu di sebelah kiri bahu samada mereka sediakan servis atau tidak. Rata-rata kedai macam tak terima fotostat, termasuk kedai gambar, saya seperti sudah hampir putus asa sebab macam sudah jauh berjalan, takut-takut kedai tersebut sudah terlepas/terlajak.

Kemudian akhirnya saya ketemu satu kedai yang memang buat servis fotostat. Gambar seperti di bawah. Kedainya berhadapan dengan lot parkir bertingkat.

Servis nya juga murah la bagi saya. Fotostat IC depan belakang, hitam putih hanya RM0.30. Ada tempat pernah cas RM0.50 dan RM1.00 pun pernah, beberapa tahun yang lepas.


Kedai aksesori telefon
Selepas selesai fotostat IC di kedai tersebut, dalam perjalanan kembali ke TNB, saya singgah di kedai aksesori telefon. Saya tukar glass cover hanya RM1 untuk Oppo F7. Dia juga tanya samada nak tukar full screen glass cover pada harga RM3.50 tapi saya prefer RM1 saja. Jimat. Hehe

Kedai ni juga ada servis baiki telefon. Sempat la saya duduk sekejap berbual dengan abang yang bertugas repair telefon ni. Dia ada meja kecik dia sendiri kat tengah kedai tersebut. Soalan saya tertumpu kepada pembaikan hardware sistem berbanding gantian gelas touch screen telefon. Katanya harga bermula RM250 dan bertambah RM30 ke atas sekiranya ada masalah lain bersangkut paut. Sebelum repair, dia sarankan reformat dulu, cara paling awal dan murah untuk baiki telefon. Manakala tukar motherboard adalah cara paling akhir, kerana itu cara paling mahal, serupa beli telefon baru. Sebelum ni pernah survey harga motherboard untuk Samsung pada RM650-1050 bergantung model. 

Parking
Seperti biasa, tempat ni memang terhad parking, kecuali pergi parking bertingkat (tak pernah masuk lagi kat situ). Saya telah parking di lorong, betul-betul di belakang TNB iaitu antara bangunan TNB dengan rumah kedai Manybank.





*UPDATE : last2 dia tak masuk pon duit refund tu. Dia just potong untuk bulan seterusnya je.









Tuesday 4 December 2018

Shopee Return and Refund Malaysia

Cancellation for Paid Order 

Buat masa ni, saya masih menunggu bayaran balik (refund) coklat Ferrero Rocher T5 sebab terletak salah alamat. Saya cancel kerana menurut penjual, mereka perlu menghantar produk mengikut alamat yang diberikan di Shopee selepas pembayaran dibuat dan mereka tidak boleh suka-suka pinda. Cara untuk kesilapan letak alamat ialah perlu buat pembatalan order dan order semula.

Saya masih lagi tak berapa sure bagaimana proses refund Shopee. Emel sudah dihantar untuk makluman mereka. Update akan dikemaskini.

Selepas beberapa minit, saya menerima notification yang menyatakan refund telah disahkan serta dimasukkan ke dalam Shopee Wallet.



Namun begitu, saya tidak jumpa setting untuk Wallet di dalam web. Buat masa ni saya boleh akses melalui Shopee App di dalam handphone.

Shopee telah menyatakan bahawa duit di dalam Wallet boleh digunakan untuk membeli barang seterusnya melalui Shopee ataupun duit dapat dikembalikan ke dalam akaun bank sekiranya pembeli inginkan. Ini adalah fungsi yang mesra pelanggan, tidak seperti Lazada yang hanya membenarkan pembelian seterusnya tetapi duit tidak boleh dimasukkan ke dalam bank.


Seperti yang anda dapat lihat di atas, jumlah keseluruhan RM17.03 (harga produk termasuk shipping) seperti yang telah dibayar ke Shopee, telah dikembalikan ke dalam Wallet.

Bagi penggunaan pertama kali Wallet, anda perlu set up seperti yang diarahkan.



Sumber: Shopee Web Help Center (Returns & Refunds for Buyer)

Harga Parkir / Parking Kereta di Putrajaya Sentral

Harga adalah seperti berikut

RM2 (day) selepas 6 pagi hingga 12 tengah malam = 18 jam 
RM4 (overnight) untuk pukul 12 Tengah Malam hingga 6 pagi = 6 jam

Contoh, jika anda pulang ke kampung pada hujung minggu Sabtu dan Ahad untuk menaiki bas, dan bas anda akan bertolak 11.30 malam.
Masuk ke parkir 23Dis Jumaat pukul 11 malam dan keluar 25Dis Ahad pukul 9 malam = RM14
Pengiraan adalah seperti di bawah:
   23Dis 11malam hingga 24Dis 12 tengah malam = (1jam) RM2
   24Dis 12 tengah malam hingga 24Dis 6 pagi = (overnight) RM4
   24Dis 6 pagi hingga 25Dis 12 tengah malam = (day) RM2
   25Dis 12 tengah malam hingga 25Dis 6 pagi = (overnight) RM4
   25Dis 6 pagi hingga 25Dis 9 malam = (day 15jam) RM2

PERINGATAN: Pembayaran 100 peratus menggunakan kad Touch n Go! Pastikan baki kad anda melebihi RM30.

Monday 3 December 2018

Shopee Coin Expiration/Expire/Expired/Expiry

Nak inform dan peringatan kepada semua pembeli dalam website Shopee, minta terus guna Shopee Coin yang ada kerana setiap bulan akan ada sedikit pemotongan. Untuk semak Shopee Coin, tekan pada nama di sebelah kanan atas (biru), kemudian tekan My Shopee Coins di sebelah kiri (hitam), anda boleh semak History coins anda, iaitu berapa banyak anda dapat dan berapa banyak guna atau expired.

Setiap 100 coins bersamaan diskaun RM1 untuk pembelian produk berlabel Shopee Preferred atau label Shopee Mall. -87 dan -71 bersamaan kerugiaan RM1.58.

Sumber: Shopee Web Help Center (Shopee Coins)



Wednesday 29 August 2018

Putajaya-Larkin-Putrajaya

Putajaya-Larkin-Putrajaya
Bas dari Putrajaya ke Larkin Johor Bahru sudah bertambah operator. Selama ni laluan ini telah dimonopoli oleh Plusliner. Sebab tiada saingan, Plusliner berkeras untuk tidak tukarkan bas-bas nya kepada bas baru. Bas mereka sempit 2+2 setiap row berbanding trend bas yang semuanya sudah tukar saiz VVIP 2+1 dan bas mereka berbunyi-bunyi sebab uzur. Saya terpaksa naik bas Plusliner juga sebab lebih dekat berbanding perlu ke TBS (untuk jimat masa dan kos ke TBS).

Good news.
Sekarang laluan ni sudah ada pesaing baru iaitu Nice dan Konsortium Ekspres Mutiara. Tapi masih tiada bas waktu malam buat masa ni. Bas terakhir bertolak pada 6.45 petang. 

Bas Nice
Bas Nice adalah bas mewah. Ia lebih mahal iaitu RM37.80 berbanding Plusliner RM31.90 tidak termasuk insurans RM0.50. Nice juga lebih mahal berbanding naik dari TBS ke Larkin yang rata-rata harga adalah RM34-36. 

Kelebihan bas Nice ialah mereka ada sistem hiburan dipanggil BlueICE. ICE bermaksud Infotainment, Communication dan Entertainment. Ada 4 jenis movie iaitu kartun, English, Chinese, dan Others. Tak pasti kenapa tiada movie Melayu atau Hindustan. Movie tak berapa banyak, kebanyakkannya cerita-cerita Box Office, tapi jangan lah harap movie baru.

Ketika balik dari Jb ke Pjaya saya tengok God of Egypt dan Captain America Civil War. 

Tapi jangan harap la ade pelayan, makan minum dan pelayan seperti bas Nice Imperial. Free internet dan seat massage pon takde ye.




Di bawah adalah contoh waktu perjalanan penuh untuk 1 hari.

Konsortium Ekspres Mutiara
Bas Konsortium Ekspres Mutiara mungkin paling sesuai untuk Nabil. Selesa dan murah tanpa perlu bell and whistle . Tapi kalau balik hujung minggu confirm akan ambil 6.45petang jugak sebab lepas waktu kerja.

Operator ni baru je join laluan hampir pada waktu yang sama dengan Nice. So memang nice lah. Nabil akan cuba elak naik bas Plusliner dengan harapan penumpang lain pon buat perkara sama. Bukan nak merosakkan bisnes, tapi nak beri tekanan kepada operator untuk memperbaiki kelemahan bagi meningkatkan keselesaan penumpang.