Thursday 28 May 2015

Skrin Laptop Pecah Johor Bahru

Skrin laptop black out setelah switch on sudah sering kali berlaku, tetapi buat pertama kali nye skrin laptop saya pecah.

Jika anda diberitahu menggantikan skrin laptop yg pecah adalah mahal, jawapan nya ialah betul kerana mencecah ratusan ringgit. Even skrin smartphone anda juga jika ingin menggantikan dgn yg baru, sudah melebihi RM100. Maka pembelian Tempered Glass Screen Protector adalah pelaburan yg berbaloi walaupun anda mengetahui skrin smartphone anda sudah dikuatkan dgn Corning Gorilla Glass.

Dan jika anda sedang menggunakan Screen Protector, ia hanya terhad kepada calar dan mungkin kesan minyak tetapi tidak melindungi retak atau pecah seperti Tempered Glass.

Danga City Mall

Di JB, perkakasan seperti laptop dan smartphone bnyak tertumpu di Danga City Mall (walaupun tak setanding Low Yat). Servis dan baiki juga terdapat di sana.

Selepas survey harga untuk penggantian skrin laptop 14 inci, didapati mereka mempunyai harga yg hampir sama iaitu RM250 utk LED dan RM350 utk LCD. Biasanya tukang servis tau jenis skrin laptop anda. Bawa sahaja ke kedai, atau paling kurang pon bagitau jenis model anda, mungkin dia boleh agak. Atau untuk konfim paling tepat, hubungi syarikat jenama anda yang boleh didapati di laman web.

Kedai yg saya mendapatkan servis adalah Muniza. Skrin LED sahaja berharga RM250 dan bersetuju utk termasuk khidmat tetapi tidak utk GST. Jumlah besar termasuk GST adalah RM265.

Thursday 21 May 2015

Internet terbaik di Malaysia

Maxis, Celcom dan P1. Ketiga-tiga ini adalah provider yg pernah saya gunakan dan ada sedikit pengalaman.
(Yes pernah digunakan oleh abg saya tetapi tidak tahu sejauh mana kebolehan dan harga Yes)

Celcom
Celcom sering kali dikaitkan dgn "mahal". Ye betul tetapi ade pro dan contra. Celcom mengaku bahawa ia adalah widest coverage dan fastest seperti yg kita lihat slogan nya "this is celcom territory" dan jaguh lari Usain Bolt sebagai model yg menghiasi Celcom.

Pengakuan ini juga saya katakan sebagai betul. Bukan sahaja di bandar, di highway PLUS, kampung2 dan perairan Malaysia, semuanya membolehkan saya terus menggunakan data internet. Di highway PLUS walaupun sedikit lambat, adalah putus2 bagi Maxis dan tidak dpt bagi P1. Kawasan luar bandar agak jarang utk dapat internet line yg bagus yg mana majoriti Celcom mesti dapat.

Maxis
"Fast mobile, wireless, fibre and fixed internet". Bla bla bla haha panjang sgt.
Maxis saya kategorikan kedua selepas Celcom dan sedikit murah iaitu pada pertengahan malam diberikan lebih kuota. Coverage adalah kedua selepas Celcom, yg mana kawasan terperosok hanya Celcom menguasai, Maxis juga ada tetapi lebih lambat.
Maxis juga dikira sbg antara internet paling laju.

P1
"Built for more". Yes and yes. P1 mempunyai pelan unlimited bukan sahaja ForHome, tetapi ToGo juga sudah diupgrade pada harga yg sama.

P1 sangat sesuai bagi kebanyakan org kerana boleh mendapat lebih kuota pada harga yg sama. Maka tidak salah jika melabel P1 sbg internet bajet.

Namun seperti slogan nya, P1 hanya menumpukan perhatian kepada lebih kuota, maka kekurangan ketara dapat dilihat pada keluasan linkungan dan kelajuan.

P1 coverage adalah terhad kepada bandar. Hanya penduduk bandar sahaja dapat menikmati servis mereka.

Satu fakta menarik tentang P1 ialah P1 sering mengupdate pelan2 nya menjadi semakin bagus berbanding Maxis dan Celcom. Kesannya, pelan yg lebih bagus dan murah sering dinaik taraf. Tetapi, ini sebenarnya salah satu taktik bagus bisnes P1 menarik pelanggan baru kerana pelanggan yg sedia ada sukar untuk mengupgrade kpd latest plan kerana terikat dgn kontrak samada 12 atau 24 bulan.


Baguskah Digi dan U Mobile?

Digi dan U Mobile adalah antara telco utama di Malaysia, namun jumlah pengguna nya masih tidak boleh menyamai dengan Maxis dan Celcom. Saya sendiri dan keluarga tidak pernah menggunakan khidmat 2 telco ini. Namus, adakah pelan2 yg ditawarkan tidak sebagus Maxis dan Celcom?

Selepas saya membuat lawatan pantas ke website Digi dan U Mobile, saya agak terkejut kerana pelan2 postpaid mereka sangat setanding dan murah.

Digi

Digi menawarkan 8 pilihan yg mana 4 adalah utama iaitu Digi Smartplan 50, 78, 108, 148. Untuk harga yg sama, Digi terpecah dua kepada lebih data dan lebih suara (high data and high voice). Walaupun terbahagi kepada dua, namun setiap satu masih dibekalkan dgn data dan percuma panggilan dan sms juga percuma lain2 bagi pelan yg lebih mahal.
Sebagai perbandingan, SmartPlan 50 High Data sgt competitive dgn Maxis SurfMore 50 manakala SmartPlan 108 dikira lebih jimat murah berbanding MaxisOne Plan 128 2GB.

U Mobile 
Pelan U Mobile terbaru P50 dan P70 agak menarik tetapi tidak pada U28 yg lebih lama. P50 mendapat data 3GB manakala P70 4.5GB dan masing2 mempunyai free kol dan kadar panggilan serta sms yg murah.

Kekurangan U Mobile terletak pada Booster Plan iaitu top up data yg tidak menawarkan tawaran menarik. Booster Plan hanya satu opsyen iaitu 1.5GB selama 3 hari pada harga hanya RM10. Murah mmg murah tetapi siapa yg nk menggunakan kuota sebanyak itu selama 3 hari melainkan anda adalah seorang pengguna berat Youtube.

Kesimpulan
Walaupun Digi tidak bole menandingi First Basic 38 secara direct tetapi sgt menandingi Maxis Surfmore 50 dan menawarkan banyak opsyen pelan postpaid bagi mengikut trend penggunaan pelanggan.

Pelan U Mobile semakin ketara dlm menandingi pesaing2 dgn menawarkan lebih kuota dan panggilan serta sms yg murah.

Maxis SurfMore

Maxis SurfMore adalah direka untuk lebih data yg mana saya percaya menggantikan pelan Value Plus Internet. SurfMore dikategorikan sbg lebih bajet berbanding ONE plan kerana komitmen bulanan yg lebih rendah.

Pada ketika ini, SurfMore yg ditawarkan hanyalah SurfMore 50 manakala SurfMore 30 adalah supplementary line kepada ONE plan. SurfMore yg paling berbaloi adalah adalah SurfMore 75 yg tiada lagi sejak awal tahun. Pelan tersebut menawarkan 5GB.

Talk & sms
Kadar yg dikenakan agak standard.
Ade reward yg akan diberikan tetapi anda perlu menggunakan sehingga RM150 atau RM250 yg agak terlalu tinggi untuk dicapai. Untuk saya, saya menganggap reward tersebut tidak wujud kerana bil yg mencecah RM100 saja sudah dikira tinggi.

Data
Sekiranya anda menggunakan data 2GB hanya pada pertengahan bulan, anda tidak akan dikenakan cas tambahan sekiranya terus menggunakan mobile data tetapi pada kadar yg agak lambat bagi kedua-dua pelan.





Berbaloi kah pelan postpaid Maxis?

Selain Celcom, Maxis adalah antara telco yg paling ramai pengguna di seluruh Malaysia. Adakah Maxis lebih berbaloi dari Celcom atau pesaing2 nya yg lain seperti Digi dan U Mobile?

Antara pelan Maxis postpaid yg hangat sekarang ialah MaxisONE plan.

"One Plan to Rule Them All". Wow dgr pon dah gerun macam the best deal saje kan?
First skali, bile kite tgk harga nya, mesti kita lari dari memandang pelan yg berharga RM128 kan? Tapi itu adalah yg paling "jimat" jika kene dgn cara pemakaian berbanding lagi dua tu.

Kenapa ONE plan start is a no-no? untuk harga RM58 dpt percuma kol tanpa had ke Maxis/Hotlink seperti ONE plan lite tetapi hanya 100MB? jurang RM20 antara lite dan start yg menyebabkan start tidak berbaloi utk harganya.

Manakala ONE plan lite juga tewas kepada pesaing2 telco yg lain kerana utk harga RM78 hanya 1GB berbanding pelan terbaru (limited time offer) First Basic 38 pada harga komitmen RM38 anda dapat 3GB+3GB.

Call & sms
Baiklah, saya tahu anda semua katakan kelebihan ONE plan ini semua terletak di talk dan sms. Tapi untuk mendapat benefit penuh, anda perlulah seorang yg sgt busy dan banyak berhubung melalui talian seperti usahawan2 atau pegawai2 korporat. Sebab ape? Jika anda adalah pengguna ringan atau sederhana, bil bulanan anda tidak akan mencecah pada harga2 tersebut.

Data
Tambahan, sekiranya data anda habis pada pertengahan bulan, anda masih boleh melayari internet pada kadar yg lebih lembat tanpa cas. Tetapi anda bole top up walaupun agak mahal. 1GB adalah RM30 yg mana First Basic 38 menawarkan max up 1GB hanya separuh harga, RM15.

Kesimpulan
Maxis One plan adalah direka khas utk pengguna berat yg banyak menggunakan calling dan sms tetapi sedikit pada internet.

Jadi untuk menilai samada anda adalah org yg patut menggunakan pelan2 sebegini, semak semula kegunaan bulan2 yg sudah lepas. Berapa jam jumlah jangka telefon anda, berapa banyak anda perlukan mobile data, dan yg paling penting, compare semula adakah bil bulanan anda melebihi dari komitmen bulanan pelan2 ini.

Untuk maklumat lanjut;
https://www.maxis.com.my/en/personal/plans/postpaid-plans/maxisone.html

Opsyen lebih murah dari Maxis postpaid;
http://perkongsiannabillanang.blogspot.com/2015/05/maxis-surfmore.html

Pengalaman tukar dari Maxis ke Celcom (postpaid)


Assalamualaikum. Baiklah entry kedua saya ini adalah berdasarkan pengalaman semasa saya. Celcom telah menawarkan pakej yg amat susah ditolak iaitu First Basic 38.

Ok first jom bincang pasal pelan ni. Pelan ini mempunyai data yg besar utk harganya iaitu 3GB internet + 3GB wifi . Sebelum ini, pada harga yg sama pengguna hanya layak mendapat 1GB.

Percuma telefon 50min + 50sms mencukupi bagi pengguna ringan seperti saya. Jikalau tdk cukup, cas yg dikenakan agak standard.
Tetapi, untuk promosi hangat ini dihangatkan lagi dgn masa yg terhad utk mendaftar. Jadi jika anda rasa perlu upgrade dari pelan lama, jgn tunggu lama2 selagi promosi belum tamat. Saya pernah menggigit jari sekali bila terlepas Maxis punye SurfMore 75 yg mendapat 5GB sebulan. Untuk harga tersebut, data yg diberikan sgt lah berbaloi bagi mobile data tetapi apakan daya sudah terlepas. Sebagai perbandingan, pelan yg ditawarkan pada masa ini adalah SurfMore 50 dan hanya mendapat 2GB. Dan sebagai perbandingan pula dengan Celcom First Basic 38, anda mendapat 3GB. Jika terlambat, anda hanya ditawarkan dengan Celcom First Basic 85 (2GB atau 3GB Optimiser sahaja tertakluk pada terma dan syarat).

Rujukan lanjut boleh lawati;
https://www.celcom.com.my/personal/plans/firstbasic38/rates?pid=1427827902913

Selepas mak saya upgrade ke pelan ini seminggu lepas dari pelan yg mmg sudah lama iaitu 100 minutes, kami sekeluarga berbincang dan bersetuju bahawa pelan ini sgt berbaloi.

Saya menguruskan penukaran di rangkaian Celcom Jalan Kempas, Tampoi JB semalam. Porting dari Maxis ke Celcom sgt senang. First skali pergi settle kan segala hutang dan bil di Maxis dan beritahu niat untuk tukar ke Celcom dgn mengekalkan nombor yg sama. Bergantung pada pelan, saya dikenakan 24 jam dari tarikh pemberitahuan. Tiada cas.

Esoknya, saya ke Celcom centre tersebut dan beritahu consultant yg jaga di kaunter nombor giliran, terus dia tanya seperti postpaid atau prepaid nk tukar kepada apa dari telco mana. Dia juga perlu kad pengenalan untuk difotostat.

Harga nya adalah advance 1 month, RM38 + gst, dan cas stamping RM10. Tetapi semua akan dimasuk ke bill seterusnya, jadi wang yg keluar dari dompet pada hari tersebut, RM0. Pengekalan nombor tiada cas. Dan saya tidak perlu menunggu giliran utk ke kaunter. Pelik juga tetapi mmg syok.

Bagi yg beli nombor baru, anda akan disuruh memilih nombor, bayar advance dan stamping secara tunai.



Untuk rujukan lanjut pengekalan nombor (Mobile Number Portability), layari;
http://mnpcheck.skmm.gov.my/FAQ.aspx
atau laman web Celcom.
(Biasenya umum akan menyebutnya sebagai 'Porting')

Terakhir sekali, antara sebab pelan Celcom First Basic 38 sgt berbaloi adalah apabila anda tidak cukup data dan ingin top up, harga yg ditawarkan agak murah sebenarnya berbanding telco lain, Maxis terutamanya.

Oh ya sebelum terlupa, walaupun jika anda kekalkan nombor lama tetapi dari telco lain, anda akan dibekalkan satu sim card baru dari celcom. Jadi sebelum tergaru2 kepala atau baru nk check saiz sim card di telefon, ambil lah tahu awal2 size sim card henfon anda.
Mini adalah yg lama, micro lebih baru manakala nano paling baru.

Wednesday 20 May 2015

Kenapa perlu subscribe Youtube?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kpd yang mengunjungi blog ini. Ni kali kedua sebenarnya saya buat blog setelah pengalaman yg pertama tidak menjadi kerana kurang berminat dan berasa cepat bosan.

Habis tu dah bosan kenapa nk buat lagi skali? Ok sebabnya saya rasa zaman sekarang ni banyak bergantung kpd internet, dan saya sendiri sering bergantung kepada En Google untuk merujuk apa sahaja yg berkaitan malah Youtube juga mempunyai banyak sumber ilmu pengetahuan.

Kembali kpd tajuk asal, kebanyakan drpd kita mempunyai akaun Youtube yg berkait dgn gmail. Tetapi ramai masih tidak faham apakah sebab utk subscribe channel2 di Youtube. Sebagai contoh apabila anda yg juga pemegang akaun subscribe pada mana2 channel Youtube yg anda gemar, channel tersebut akan highlight pada homepage atau setiap kali anda melayari Youtube, anda akan direkomen utk melihat video terbaru drpd channel tersebut dan ini bermakna anda akan sentiasa di update dgn video2 terbaru terbitan channel tersebut dan tidak akan terlepas atau ketinggalan.

Di bawah adalah contoh channel yg saya subscribe. Channel2 ini highlight dgn cara meletakkan video yg paling latest di sebelah kiri dan jangka masa video ini di upload di Youtube.