Tuesday 19 December 2017

Skim MyDeposit 2018 KPKT

Bagi orang awam yang berminat untuk memohon Skim MyDeposit Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, anda boleh melayari portal rasmi http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/355 untuk segala maklumat dan daftarkan akaun permohonan di https://sprn.kpkt.gov.my/info/mydeposit. Soalan-soalan lazim atau FAQ boleh didapati di http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/404.

Portal rasmi ehome.kpkt dan sprn.kpkt menghadapi trafik yang tinggi semenjak permohonan MyDeposit dibuka dari 15 Disember 2017. Anda boleh melihat gamba di bawah untuk semakan pantas soalan lazim.

Monday 11 December 2017

Semakan Blacklist Ke Luar Negara

Pautan Terkini Sistem Semakan Status Perjalanan Imigresen Untuk Warganegara Malaysia (SSPI)

Minggu lepas telah berlaku gangguan Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia untuk semakan status kawalan ke luar negara (blacklist/senarai syak) di pautan http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx dan telah ditukar kepada http://sspi.imi.gov.my/sspi/.


Jika anda mengesyaki terdapat halangan disebabkan oleh faktor-faktor seperti mempunyai tunggakan pinjaman pelajaran PTPTN atau bank, insolvensi atau kebankrapan, dan lari dari membayar cukai, anda dikehendaki berhubung / berbincang dengan agensi yang menahan anda daripada ke luar negara atau semak di Pejabat Imigresen Negeri atau di Putrajaya untuk pertanyaan punca anda ditahan.


Di bawah adalah berita berkaitan antara punca-punca anda akan disenarai hitamkan. Sumber https://www.malaysiakini.com/news/403498#Cr3wH9OOezoPEFMX.99 27/11/17


Seramai 790,186 rakyat Malaysia telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini dengan lebih separuh daripada mereka adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali berkata, sejumlah 447,890 peminjan PTPTN, yang tidak membayar semula pinjaman, merupakan golongan terbesar yang dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.
Selain itu, katanya, 138,028 orang merupakan disenarai hitam oleh Jabatan Insolvens dikuti Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) (107,884), Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) (7,024), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (6,091) Jabatan Imigresen (1,543) dan 81,726 orang melibatkan agensi-agensi lain.