Friday 12 July 2019

Fake USB drive (pendrive palsu)

Baru-baru ni saya ternampak ada jualan 2TB USB Pendrive dari L***** berjenama Huawei. Selain saiz dan kapasiti yang besar pada harga murah, design juga cantik dan diperbuat dari besi silver. Jadi saya sangat curious dengan hal ini, nasib baik tak beli. Ingatkan teknologi dah moden sampai saiz 2TB boleh jadi saiz USB pada harga murah. Tidak. Belum lagi, walaupun sebenarnya memang dah ada yang ori, teknologi untuk memampatkan kapasiti 2TB ke dalam saiz USB, harganya adalah sangat mahal, beberapa ribu ringgit ya. Jadi yang ada jual2 online tu, atau di pasar malam, adalah fake atau palsu. Jangan korang beli. Kalau tak percaya, atau nak lebih detail, terperinci atau sedikit teknikal mengenai hal ni, tengok je youtube. Mat saleh ada terangkan kenapa ianya fake. Bila dah beli, memang pc akan tulis 2TB, tapi pengisian data tidak sebegitu. Corrupt korang punya data. Jangan ambil risiko kerana nak berjimat, rupanya dah kene tipu. Beli dari kedai2 yang memang jual produk ori. Kalau ada masalah, boleh datang semula kedai tersebut.