Monday 2 November 2015

Kenapa P1 Unlimited Berbaloi?

Samada P1 ToGo mahupun P1 ForHome, kedua-duanya sgt berbaloi. Disebabkan pelan dan harga yg sama, P1 ToGo mempunyai 1 kelebihan berbanding P1 ForHome kerana mudah alih.

Untuk ulasan kali ini, saya akan fokus lebih kepada pelan unlimited 109 & 159. Pelan 59 sesuai untuk light user dan paling murah, yg rasa tidak menggunakan lebih 5GB setiap bulan. Masih berbaloi. Pelan ini sesuai dibandingkan dengan pelan2 telco seperi Celcom First Plan berserta internet dan pelan2 Maxis berserta internet.





















Kelebihan P1 berbanding yg lain

Unlimited. Haa, bukan kelebihan yang tidak terhingga, tapi kelebihan nya ialah kuota yg unlimited. Berbanding yg lain, (saya ambil contoh Maxis dan Celcom shj) mereka adalah sgt terhad pada harga yg sama. Kelebihan ToGo 159 ialah lebih laju dan share lebih ramai kpd ahli keluarga (contoh 4 ahli keluarga, setiap orang connect internet untuk laptop dan smartphone pada masa yg sama menjadikannya 8 device / 8 ahli keluarga, setiap ahli connect pada modem untuk smartphone mereka adalah 8 device).






















Kelemahan P1 berbanding yg lain

Surfing speed. Kelajuan lah. Kelajuan P1 memang kene ada sabar berbanding Celcom dan Maxis. Tetapi saya menggunakan Home 2mbps tidak pernah mempunyai masalah di bandar Johor Bahru selagi tidak mencecah pengguan 100GB (speed akan dikurangkan; Fair Usage Policy). Still, nak dibanding 100GB dengan 48GB sgt jauh.

Kesimpulan

Anda hanya berhak memilih satu. Jika anda adalah heavy user dan banyak menggunakan data internet, yg mana saya rasa rata2 ramai yg "heavy user" seperti saya untuk streaming Youtube dan lain2, P1 sahaja setakat ini yg provide kuota besar (kita tidak bercakap mengenai fiber).

Highlight

Yang paling penting pertama sekali ialah tinjau sekiranya kawasan anda mempunyai rangkaian. Yang kedua kalau boleh tanya jiran2 satu taman bagaimana kelajuan internet di kawasan itu. Kebiasaanya Celcom dan Maxis mempunyai rangkaian yg sgt luas termasuk kawasan2 luar bandar dan lebih laju, manakala P1 lebih tertumpu kepada penduduk bandar yg guna internet 24jam. Ketiga, pastikan anda baca dan faham FAQ serta Terms and Condition tidak kira apa pon provider yg anda guna (syarat2 dan restriction yg mungkin dikenakan atau bayaran). Jika anda tidak faham atau perlukan penjelasan, contact sahaja mereka atau pergi ke center/booth.


Wonda vs Nescafe (Tin)

Pengenalan Wonda Coffee

Seperti yang kita ketahui, Wonda Coffee dari Jepun sudah menembusi pasaran Malaysia. Siapa yang tak tau jenama ni kan? Wonda Coffee sgt terkenal dengan marketing nya yang sgt besar-besaran setiap tahun pada Hari Kopi Sedunia.

Wonda Coffee di Malaysia adalah di bawah syarikat Permanis Sdn Bhd yang memegang beberapa jenama minuman terkenal di Malaysia seperti Pepsi, Tropicana, Revive, Mountain Dew, Lipton, Gatorade, 7Up, Kickapoo, Mirinda, Bleu dan banyak lagi.


Wonda Coffee bukan sahaja buat iklan di semua suratkhabar dia Malaysia dan radio selama beberapa hari, tetapi turut membuat promosi pengenalan dan pembelian produk seperti di Petronas Mesra, 7-Eleven dan MyTeksi.

Tidak seperti di Petronas yang membuat tawaran peluang memenangi hadiah, saya memilih untuk membeli produk2 Wonda di 7-Eleven yang berharga hanya RM1.00 ya RM1.00 yang saya melihat sebagai sgt berbaloi untuk dirasai. Sebagai perbandingan, Nescafe tin di 7E hampi mencecah RM3.00.








Apakah beza antara 3 produk Wonda?

Wonda claim kopi nya sebagai Kopi Premium (terpampang lebih besar dari jenis produk) tapi saya tak kan buat ulasan mengenai jenis kopi premium nya itu. Saya akan tumpukan kepada rasa.

Original = cuma kopi susu biasa, tidak lebih kpd kopi, tidak lebih kpd susu
Latte = kopi lebih kepada susu, yg mana susu nya sgt dirasa berbanding kopi
Mocha = kopi susu campuran koko

Camne nak pilih?

Ikutlah tekak masing2. Tetapi bagi saya nk pilih agak senang. Siapa yg suka kopi susu yg biasa2 sesuai lah original. Latte untuk siapa yang tidak berapa suka kopi atau kopi pahit, sebab memang lebih rasa susu disini. Mocha utk siapa yg suka minum air koko atau coklat sebab Mocha adalah campuran antara kopi susu dan koko.

Jadi mana sedap? Wonda ke Nescafe?

Selepas minum 2 tin untuk setiap jenis Wonda, saya dapati Original agak cair iaitu lebih air berbanding Nescafe Original.

Ini pertama kali saya minum Latte yang terlalu banyak susu. Kalau anda suka susu dan kopi yang tidak terlalu jauh perbezaan rasa, Nescafe Latte lebih sesuai.

Hanya Mocha yang tidak mendapat tentangan hebat dari mana2 produk jenama lain. Walaupun campuran koko dan kopi memungkinkan untuk rasa pahit, namun rasanya just nice. Anda akan mendapat rasa koko dan kopi pada kadar yang hampir sama. Walaupun saya kurang dgn koko, saya percaya ramai yang suka air coklat dan anda mungkin tidak akan kecewa dengan Wonda Mocha.

Kesimpulan

Tiada betul atau salah. Masing2 ada citarasa sendiri. Bagi saya, saya akan kekal dengan Nescafe kerana Wonda Original cair, Wonda Latte terlebih susu, dan saya cuma minum kopi tanpa koko.





*Gambar kiri ini adalah iklan (tidak berbayar) semata-mata.










Ekstra



Baru saya tau bila search Google, kepada yg mengambil promosi melalu MyTeksi sgt bertuah kerana dpt 3 jenis tin dan kuih (tak tau apa) dalam bungkusan. Semua sekali dipersembahkan di dalam kotak yang cantik.

*Saya kira pemandu teksi hanya akan bagi 1 Wonda Coffee tin secara tangan sahaja tetapi melalui persembahan yang menarik ini agak memeranjatkan saya. Siapa yg tak happy kan naik teksi dpt hadiah camni?
Ada juga yang bertuah dapat biskut Famos Amos dalam paket kecil. Tak taulah berapa gram. Tapi kebanyakan gambar saya jumpa hampir semua dapat kuih gamba di atas saje.













Disclaimer: Saya tidak mempunyai kedua-dua gamba di bahagian ekstra ini. Gamba pertama diambil dari appletan.com dan kedua dari chumsyashley.info.



Sunday 1 November 2015

Review Nescafe Creamy Roast (Tin)

Nescafe Creamy Roast adalah 1 produk baharu dari Nescafe dalam bentuk tin di Malaysia. In fact, saya tak jumpa lagi di laman web bahawa produk ini berada di mana2 negara selain Malaysia.

Saya kadangkala membeli tin untuk mencuba mana satu produk kopi tin yang boleh masuk ke tekak saya. Pada suatu masa Nescafe Original (tin) adalah yang paling biasa iaitu boleh diterima semua tetapi bagi saya tin Nescafe Ori yang baru rasanya lebih pekat (pahit). Mungkin menggunakan biji kopi yang dipanggang lebih lama. Nescafe Ori saya beli di pasaraya RM2.00.

Selepas itu saya mencuba pula Nescafe Ipoh White Coffee (lagi sekali tin, bukan serbuk ya) sedap. Seperti Nescafe Ori yang lama, tidak pekat dan rase lemak2 juga. Ketika itu saya rasa N. White Coffee lah yang akan jadi pilihan kalau nak membeli kopi tin. Pasaraya harga RM2.50.

Terbaru, saya ternampak Nescafe Creamy Roast. Saya dah tahu lama dah ia dilancarkan, rasenya tahun ni jugak tapi tengok dari jauh je. Sebenarnya bila anda ternampak tin merah ini, perasaan nak beli tu akan jadi lebih sebab nampak menarik perhatian warnanya itu. Cuma nama nya sahaja walaupun ade "creamy", tetapi "roast" akan buat ia nampak seperti panggang lebih dan pahit. Sebab itu baru kali ni saya beli sebab perasaan nak cuba tu dah membuak-buak.

Sesuatu yang saya tak jangka selepas membuka tin, rasanya sungguh enak. Tak ada rase pahit seperti first impression saya langsung. Nescafe Original pon pahit tapi ni tak. Ini lebih kepada N.White Coffee pada harga yang lebih rendah. Harga saya beli sama dengan N.Origial RM2.00.

Kalau anda juga suka N.White Coffee, saya tidak katakan N.Creamy Roast lebih sedap walaupun ia adalah sedap. Bagi saya N.Creamy Roast adalah pengganti untuk penggemar N.White Coffee pada harga yang lebih rendah. Jimat RM0.50 dan warna merah nya pon sgt mengambil hati saya.

Saya mencadangkan anda jika tak pernah cuba sebelum ni, pilih la N.Creamy Roast. Produk baharu, sedap dan menawan.