Monday, 2 November 2015

Wonda vs Nescafe (Tin)

Pengenalan Wonda Coffee

Seperti yang kita ketahui, Wonda Coffee dari Jepun sudah menembusi pasaran Malaysia. Siapa yang tak tau jenama ni kan? Wonda Coffee sgt terkenal dengan marketing nya yang sgt besar-besaran setiap tahun pada Hari Kopi Sedunia.

Wonda Coffee di Malaysia adalah di bawah syarikat Permanis Sdn Bhd yang memegang beberapa jenama minuman terkenal di Malaysia seperti Pepsi, Tropicana, Revive, Mountain Dew, Lipton, Gatorade, 7Up, Kickapoo, Mirinda, Bleu dan banyak lagi.


Wonda Coffee bukan sahaja buat iklan di semua suratkhabar dia Malaysia dan radio selama beberapa hari, tetapi turut membuat promosi pengenalan dan pembelian produk seperti di Petronas Mesra, 7-Eleven dan MyTeksi.

Tidak seperti di Petronas yang membuat tawaran peluang memenangi hadiah, saya memilih untuk membeli produk2 Wonda di 7-Eleven yang berharga hanya RM1.00 ya RM1.00 yang saya melihat sebagai sgt berbaloi untuk dirasai. Sebagai perbandingan, Nescafe tin di 7E hampi mencecah RM3.00.








Apakah beza antara 3 produk Wonda?

Wonda claim kopi nya sebagai Kopi Premium (terpampang lebih besar dari jenis produk) tapi saya tak kan buat ulasan mengenai jenis kopi premium nya itu. Saya akan tumpukan kepada rasa.

Original = cuma kopi susu biasa, tidak lebih kpd kopi, tidak lebih kpd susu
Latte = kopi lebih kepada susu, yg mana susu nya sgt dirasa berbanding kopi
Mocha = kopi susu campuran koko

Camne nak pilih?

Ikutlah tekak masing2. Tetapi bagi saya nk pilih agak senang. Siapa yg suka kopi susu yg biasa2 sesuai lah original. Latte untuk siapa yang tidak berapa suka kopi atau kopi pahit, sebab memang lebih rasa susu disini. Mocha utk siapa yg suka minum air koko atau coklat sebab Mocha adalah campuran antara kopi susu dan koko.

Jadi mana sedap? Wonda ke Nescafe?

Selepas minum 2 tin untuk setiap jenis Wonda, saya dapati Original agak cair iaitu lebih air berbanding Nescafe Original.

Ini pertama kali saya minum Latte yang terlalu banyak susu. Kalau anda suka susu dan kopi yang tidak terlalu jauh perbezaan rasa, Nescafe Latte lebih sesuai.

Hanya Mocha yang tidak mendapat tentangan hebat dari mana2 produk jenama lain. Walaupun campuran koko dan kopi memungkinkan untuk rasa pahit, namun rasanya just nice. Anda akan mendapat rasa koko dan kopi pada kadar yang hampir sama. Walaupun saya kurang dgn koko, saya percaya ramai yang suka air coklat dan anda mungkin tidak akan kecewa dengan Wonda Mocha.

Kesimpulan

Tiada betul atau salah. Masing2 ada citarasa sendiri. Bagi saya, saya akan kekal dengan Nescafe kerana Wonda Original cair, Wonda Latte terlebih susu, dan saya cuma minum kopi tanpa koko.





*Gambar kiri ini adalah iklan (tidak berbayar) semata-mata.










Ekstra



Baru saya tau bila search Google, kepada yg mengambil promosi melalu MyTeksi sgt bertuah kerana dpt 3 jenis tin dan kuih (tak tau apa) dalam bungkusan. Semua sekali dipersembahkan di dalam kotak yang cantik.

*Saya kira pemandu teksi hanya akan bagi 1 Wonda Coffee tin secara tangan sahaja tetapi melalui persembahan yang menarik ini agak memeranjatkan saya. Siapa yg tak happy kan naik teksi dpt hadiah camni?
Ada juga yang bertuah dapat biskut Famos Amos dalam paket kecil. Tak taulah berapa gram. Tapi kebanyakan gambar saya jumpa hampir semua dapat kuih gamba di atas saje.













Disclaimer: Saya tidak mempunyai kedua-dua gamba di bahagian ekstra ini. Gamba pertama diambil dari appletan.com dan kedua dari chumsyashley.info.



No comments:

Post a Comment