Nescafe Creamy Roast adalah 1 produk baharu dari Nescafe dalam bentuk tin di Malaysia. In fact, saya tak jumpa lagi di laman web bahawa produk ini berada di mana2 negara selain Malaysia.
Saya kadangkala membeli tin untuk mencuba mana satu produk kopi tin yang boleh masuk ke tekak saya. Pada suatu masa Nescafe Original (tin) adalah yang paling biasa iaitu boleh diterima semua tetapi bagi saya tin Nescafe Ori yang baru rasanya lebih pekat (pahit). Mungkin menggunakan biji kopi yang dipanggang lebih lama. Nescafe Ori saya beli di pasaraya RM2.00.
Selepas itu saya mencuba pula Nescafe Ipoh White Coffee (lagi sekali tin, bukan serbuk ya) sedap. Seperti Nescafe Ori yang lama, tidak pekat dan rase lemak2 juga. Ketika itu saya rasa N. White Coffee lah yang akan jadi pilihan kalau nak membeli kopi tin. Pasaraya harga RM2.50.
Terbaru, saya ternampak Nescafe Creamy Roast. Saya dah tahu lama dah ia dilancarkan, rasenya tahun ni jugak tapi tengok dari jauh je. Sebenarnya bila anda ternampak tin merah ini, perasaan nak beli tu akan jadi lebih sebab nampak menarik perhatian warnanya itu. Cuma nama nya sahaja walaupun ade "creamy", tetapi "roast" akan buat ia nampak seperti panggang lebih dan pahit. Sebab itu baru kali ni saya beli sebab perasaan nak cuba tu dah membuak-buak.
Sesuatu yang saya tak jangka selepas membuka tin, rasanya sungguh enak. Tak ada rase pahit seperti first impression saya langsung. Nescafe Original pon pahit tapi ni tak. Ini lebih kepada N.White Coffee pada harga yang lebih rendah. Harga saya beli sama dengan N.Origial RM2.00.
Kalau anda juga suka N.White Coffee, saya tidak katakan N.Creamy Roast lebih sedap walaupun ia adalah sedap. Bagi saya N.Creamy Roast adalah pengganti untuk penggemar N.White Coffee pada harga yang lebih rendah. Jimat RM0.50 dan warna merah nya pon sgt mengambil hati saya.
Saya mencadangkan anda jika tak pernah cuba sebelum ni, pilih la N.Creamy Roast. Produk baharu, sedap dan menawan.
No comments:
Post a Comment