Refund Bil Elektrik Tenaga Nasional Berhad
Sekiranya anda terlebih buat bayaran, duit anda akan di "carry forward" ke bil seterusnya (bulan depan) untuk akaun tersebut. Namun begitu, anda masih boleh buat tuntutan bayaran (refund) sekiranya anda mahukan.
Penyewa
Saya hanya penyewa, namun saya masih berhak untuk membuat tuntutan wang semula sekiranya saya yang telah membuat bayaran bil.
Dokumen
Nak refund TNB senang je. Tak perlu sebarang dokumen dari tuan rumah atau geran dsb. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
1) Salinan IC pemohon (IC saya, hitam putih sudah cukup)
2) Salinan resit bayaran (Saya buat Maybank2u)
3) Isi borang dari kaunter
1) Salinan IC pemohon (IC saya, hitam putih sudah cukup)
2) Salinan resit bayaran (Saya buat Maybank2u)
3) Isi borang dari kaunter
4) Tunjuk resit bulanan (tapi mereka tak ambil, hanya untuk beritahu jenis masalah)
Anda boleh buat di mana-mana cawangan TNB yang menguruskan bil-bil elektrik.
Pada mulanya, saya telah pergi ke cawangan di Cyberjaya, namun hampa kerana tiada kaunter bagi urusan bil. Saya dimaklumkan untuk proceed ke Putrajaya untuk cawangan yang paling berhampiran.
Ok, saya telah buat urusan ini di TNB Taipan Business Center, USJ10 Subang Jaya.
Urusan di kaunter sangat sekejap. Tiada nombor giliran, hanya beratur.
Katanya, proses wang dikembalikan ke dalam akaun bank akan mengambil masa dalam 2 minggu. Tiada emel mahupun sms untuk notification. Caranya, anda hanya perlu menyemak akaun bank dari semasa ke semasa atau hubungi hotline mereka.
Bagi penggunaan seisi rumah yang kurang dari RM20 sebulan, kerajaan akan tanggung sepenuhnya.
Dalam situasi/pengalaman saya, saya menyewa rumah dan tinggal seorang, makanya bil bulanan adalah RM12. Kerana selama ini ketika saya tinggal berdua bersama housemate seorang lagi (baru pindah keluar), bil kami tak pernah di bawah RM20, tetapi konsisten pada anggaran RM20.5 hingga RM24.5.
Servis fotostat
Kerana saya main datang saja, saya hanya bawa resit bil bulanan terkini dan juga salinan bayaran Maybank2u. Saya diminta serahkan salinan IC yang saya tak prepare dari rumah. Di kaunter tersebut ada 1 mesin fotostat besar tapi kaunter (sorang je yang jaga) suruh saya buat di luar, sebaris Maybank katanya.
Jadi tanpa tahu nama kedai, mata saya melilau setiap kedai yang saya lalu iaitu di sebelah kiri bahu samada mereka sediakan servis atau tidak. Rata-rata kedai macam tak terima fotostat, termasuk kedai gambar, saya seperti sudah hampir putus asa sebab macam sudah jauh berjalan, takut-takut kedai tersebut sudah terlepas/terlajak.
Kemudian akhirnya saya ketemu satu kedai yang memang buat servis fotostat. Gambar seperti di bawah. Kedainya berhadapan dengan lot parkir bertingkat.
Servis nya juga murah la bagi saya. Fotostat IC depan belakang, hitam putih hanya RM0.30. Ada tempat pernah cas RM0.50 dan RM1.00 pun pernah, beberapa tahun yang lepas.
Selepas selesai fotostat IC di kedai tersebut, dalam perjalanan kembali ke TNB, saya singgah di kedai aksesori telefon. Saya tukar glass cover hanya RM1 untuk Oppo F7. Dia juga tanya samada nak tukar full screen glass cover pada harga RM3.50 tapi saya prefer RM1 saja. Jimat. Hehe
Kedai ni juga ada servis baiki telefon. Sempat la saya duduk sekejap berbual dengan abang yang bertugas repair telefon ni. Dia ada meja kecik dia sendiri kat tengah kedai tersebut. Soalan saya tertumpu kepada pembaikan hardware sistem berbanding gantian gelas touch screen telefon. Katanya harga bermula RM250 dan bertambah RM30 ke atas sekiranya ada masalah lain bersangkut paut. Sebelum repair, dia sarankan reformat dulu, cara paling awal dan murah untuk baiki telefon. Manakala tukar motherboard adalah cara paling akhir, kerana itu cara paling mahal, serupa beli telefon baru. Sebelum ni pernah survey harga motherboard untuk Samsung pada RM650-1050 bergantung model.
Parking
Seperti biasa, tempat ni memang terhad parking, kecuali pergi parking bertingkat (tak pernah masuk lagi kat situ). Saya telah parking di lorong, betul-betul di belakang TNB iaitu antara bangunan TNB dengan rumah kedai Manybank.
*UPDATE : last2 dia tak masuk pon duit refund tu. Dia just potong untuk bulan seterusnya je.