Saya selalu beli tiket bas guna REDBUS, samada secara website atau apps, dua2 senang. Saya tukar2. Selalu dapat pengurangan 10%, hihi. Apps bas apa atau website apa yang bagi pengurangan 10% untuk tiket bas??
Harini ternampak la ada offer untuk tiket yang beli dengan bas operator AEROBUS. Bunyi nama macam wow, tapi bila google image, tergelak jer. Seat 2+2, tradisional sangat. Buat malu nama grand aje. Tukar nama lah oi. Hihi jangan marah. Iolls memang tak suka seat 2+2, tak selesa dan biasanya bas agak uzur, goyang2 dan berbunyi krik kruk. hehe.
Di bawah adalah contoh senarai laluan Aerobus. Laluan atau destinasi dia bukan ke negeri2 utama, sebab tu mungkin ramai jarang dengar atau tak pernah naik, kecuali orang2 yang biasa pergi dan balik ke destinasi berikut:
Tapi bila dipikir balik, jalan2 dia semua singkat. Mungkin sebab tu dia tak upgrade seat 2+1. Yelah, jalan dekat2 tak adelah terasa sangat sakit2 badan kalau seat tak sedap. Balik JB 4 jam setengah naik Plusliner dari Putrajaya 2+2 pon rasa sakit je hati, dengan kriuk kriuk dia lagi.
Di bawah adalah offer dengan pembelian melalui Redbus (apps / website).
Thursday, 30 May 2019
Sunday, 12 May 2019
Beli online vs kedai
Kenape bagi saya beli online berbaloi. Saya tak cakap beli online lebih untung, itu subjektif. Tapi tak lah semua barang saya beli online pon. Maksud saya ialah, tiada efek negetif dari pembelian online. Masa? Bagi saya, saya boleh tunggu. Berbanding pergi kedai, masa jugak pasti terluang. Pembayaran online? Saya tiada masalah dengan hal itu. Kebiasaannya di pasaraya juga saya bayar pakai kad debit. Cash bukan the only choice or preferred method di zaman ini (asalkan masih ada duit dalam akaun bank korang lah).
Di bawah ialah kelebihan beli online.
1) Pilihan jenis lebih luas
Kelebihan beli barang melalui online ialah pilihan lebih banyak. Contoh saya nak beli car tissue holder, kat kedai mungkin tak lebih 5 jenis, tetapi online lebih banyak pilihan saiz, bentuk, warna dan dan ciri2 yang berlainan.
2)Perbandingan harga
Sebab kedua ialah saya dapat pilih harga yang paling murah bagi sesuatu jenis item. Contoh saya dah suka 1 jenis tissue holder ni, saya bandingkan pula harga2 yang ditawarkan, dan saya pilih yang paling murah.
3) Menyenangkan
Kenapa saya cakap senang, sebab saya boleh beli di mana2, dihujung jari saje. Kos penghantaran? Ok biasanya shipping sekarang banyak RM5-10 kan? Bagi saya, itu ok. Sebabnya, kadang2 bile pergi kedai, kadang2 item yang saya nak beli tiada atau tak memuaskan (rujuk sebab nombor 1 di atas), dan jika ada sekalipun, saya tak boleh buat perbandingan jika ada jenis yang lebih baik, atau ada kedai lain yang menawarkan harga lebih murahb(sebab nombor 2 seperti di atas). Jadi jika nak buat perbandingan antara kedai, itu melibatkan kos kenderaan dan masa yang lama. Dan kos pergi balik rumah ke kedai dan balik semula? Ok kalau pergi kedai area rumah mungkin murah minyak, tapi biasenye kalau nak beli barang yg lebih murah kene pergi pasaraya besar kan. Rata2/anggaran 10km pergi 10km balik, dan bayaran parking jika ada (saya suke pergi Tesco sebab parking free, Aeon Big pon free rasenye, Giant kene cas). Saya naik kereta, takde motor, jadi kos minyak boleh tahan jugak lah. Kereta saya 1 liter (RM2) = 10km. Pergi balik dah RM4.

Subscribe to:
Posts (Atom)